Jan 10, 2005

Tinta Mualif...

Petang camni, ada rasa damai mengulit hati.Tak! Sebenarnya banyak yang sedang aku fikirkan. Life as a student mmg banyak cabarnya dan aku lah yang sedang menghadapi segala

Bukan sengaja tapi itu yang aku lakukan demi mencari natijah dan motivasi kendiri. Siapa lagi kalau bukan aku sendiri yang memberi makan pada hati. Yeahh..ini adalah pilihan ku sendiri. ‘Bekerja’ dan mencari pengalaman selain dari kehambaan menuntut ilmu, aku anggapkan juang ini masih jauh dan akulah yang adakalanya tersungkur. Bila memilih untuk sibuk, aku terkadang gagal mengawal. Nak salah kan siapa? Aku sendirilah.

Menghadiri majlis pelancaran undang-undang disiplin pelajar yang diadakan di Dewan Bonquet UIAM (6 Jan 2005), aku mewakili Psycsta bersama teman yang lain. Wah! Semua yang hadir memang bukan calang-calang orang. (Syafiq sahabatku dari Kuantan pun ada) Ya, mereka semua dari majlis perwakilan. Aku? Heh, aku pun mewakilkan persatuan. Syafiq kata aku orang-orang besar..haha. Aku memang ‘besar’lah Syafiq. Setakat mewakili persatuan, apalah sangat (tapi itukan kelebihan, bukan semua dapat jemputan ni) Diamlah wahai hati yang besar!!! Apelah nak dibanggakan? Duduk mendengar dan ketawa bila ada babak menarik…#! @=&? %#%!

Sejujurnya aku mengantuk, namun aku takkan malukan Psycsta dengan kejatuhan muka paras paha…hehe. Actually, aku berkesempatan chatting dengan sorang sahabat ku di Mesir semalam. Jadi, kelewatan tidur mmg menggangu sedikit tumpuanku pada majlis. Apapun, Alhamdulillah banyak input yg aku dapat mengenai disiplin baru pelajar ni.

Etika pemakain pelajar mmg dipandang rapi oleh pihak pengurusan pelajar. Baguslah tu. Kalau nak pakai baju singkat seluar ketat, baiklah di luar saja. Erk! Aku bukan ajar berhipokrasi, cumanya cubalah beretika lebih baik di kampus ni. (Moga ia akan membantu perlahan utk ke arah yang sebenar) Kasihan pada ‘ummi’ dan ‘abah’ yang mengajar di Taman Ilmu dan Budi ni. Kalo apa yg diajar tak masuk di kepala, depa juga yg buruk nama. Aku? Rasanya ada baiknya juga bila aku punya sikap konservatif ni. Erm..kalo aku terus ikutkan peredaran zaman, entah dengan aku sekali terikut. Aku dan formality bila ke kelas (macam lecturer sapa sahabatku) Aku dan kesempoian masa beraktiviti (macam nak bersukan kata teman) Apa pun, aku tak menolak fesyen. Pun begitu, aku akan tetap cuba mempertahan agama di ranking pertama…InsyaAllah. Kod etika pemakaian perlu selalu dikaji. Ah! Takut pula jika terlalu ghairah dalam memilih dan aku…

Prof Dr Kamal Hassan kelihatan kecewa juga dengan apa yang dilunatikkan dalam multi media presentation. Ya Allah, tak kusangka macam tu punya teruk keje bebudak UIA ni. Macam-macam yg rosak dan pelbagai harta benda dicacamarba ke jalan salah. Betul katanya, buat apalah nak diberitahu nasihat jika yang hadir ni semua dari majlis perwakilan yg ‘baik-baik’ belaka. Kat Masjid, yang mendengar ceramah pun insan soleh, jadi macam mana lah nak betulkan keadaan. Ha’ah..betul gak. Yang datang seminar, ceramah..sumenya yg dah ada ilmu dan hanya buat ditambah. Yang huru-hara dok kat tepi masjid berseloka, yang haru-biru masih disepah minda. Erkk!! Apa nak buat? Ermm..tugas penyampailah ni. Encik Kamal Affendi dari Yayasan Pecegahan Jenayah dalam ceramahnya berkata, kita akan cuba mengurangkan mangsa bukan pemangsa. Dari perspektif disiplin sendiri, aku rasa ada masalah kalo nak nasihat atau bertindak pada pemusnah alam ni, sbb keberkesanannya akan sekejap, tak lama lagi buat semula. So, mana nak mula dan macammana nak kaitkan dengan resepi Encik Kamal tadi?? Ermm..

Prof Kamal gak berkata bahawa student skarang dah kurang rasa tanggungjawab dan apresiasi pada apa yg ada. Dulu, masa kuantiti student kurang, mmg tak berlaku apa. Tapi bila nilai pelajar bertambah, makin banyak juga problem yg timbul. Sebagaimana banyak bangunan baru dibina dari konkrit, macam tu jugalah perangai student skang ni (yg kurang sedar) makin konkrit dan terjal jadinya…dah susah nak dibetulkan.

Undang-undang mmg penting kerna tanpa ia, segala akan chaos. Alhamdulillah, aku sendiri ditarbiah dengan nilai disiplin tinggi. Ada gak rasa cuak bila nak melanggar disiplin. (Eh..aku bukanlah sempurna mana..hehe) Kat skool dulu pon, muka inilah yg berlari sana dan sini dengan kot hijau di tangan…hehe. Meeting, spotcheck, pengawasan sekolah..ahhh! Aku lah itu dan sampai skang nampaknya aku macam ni gak. Aku dan disiplin ciptaan manusia. Tapi kenapa pula disiplin Tuhan boleh benar aku abaikan?? Zalim kan??

Baiklah izinkan aku berundur. Aku suka je dengan displin baru yg dikuatkuasakan ni. Nothing much different actually ngan yg lama. InsyaAllah, moga segalanya tak menimbulkan provokasi. Misinya pun nak melahirkan insan berpesonaliti dengan pantauan moral Islam. Susah ke?

Ermm..betul juga teori Ibnu Khaldun dan ketamaduan yg menyatakan bahawa bila manusia dah berada di puncak dengan segala kesenangan, maka tunggulah saat kejatuhan sesuatu tamadun itu kembali. Nilai moral dan agama akan dibiar dan lihatlah bagaimana korupsi diri dan hati bergentayangan di kehidupan ini. Allah…moga perjalanan kita tak lari dari landasan sebenar..ameenn!

P/s: Tsunami hati lagi parah dan bahaya..

No comments: